aku dan dia

aku dan dia

Khamis, 28 Oktober 2010

Sekian lama

setelah sekian lama aku x bersukan, hari ini tiba2 rasa nak main. adoi bila lari semput la pulak memang tak boleh lari lama rasa pancit. tapi aku teruskan juga sebab aku memang minat bersukan. cuma bila kat sini jew aku kurang sikit bersukan mungkin kesibukan tugas yang lain. paling lekeh pun aku main badminton.


Rabu, 27 Oktober 2010

Pagi yang Indah

pagi ini, seawal pagi aku bangun, sesudah selesai aku solat subuh aku membuka jendela, angin yang sepoi-sepoi bahasa begitu membuatkan aku terasa sejuknya. suasana pagi itu sungguh nyaman.melihat dedaun, pokok-pokok yang segar, pagi itu juga aku dengar kicauan burung yang riang, itulah pagi yang indah tampa ganguan, yang mana manusia sedang asyik dibuai mimpi.

Awal Pagi

hari ni aku berjaya bangun awal daripada biasa, walaupun aku tidur lewat malam, hari ni pukul 6 pagi aku dah dapat bangun walaupun aku tidur pukul 4 pagi.slalunya bila aku tidur lewat pasti pukul 7 aku bangun. so bangga dengan diri sendiri haa...haa...


Laman Web

tengok ye..

geram

geram tul la aku, macam mana nak link web ke blog ni, dari tadi cuba x dapat. adoi tak tahu macam mana lagi nak buat huu..huu..


Isnin, 25 Oktober 2010

Maya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
sepanjang saya mengambil kursus Sastera Dalam Multimedia, pelbagai pengalaman yang saya perolehi dan amat mencabr. kerana ianya bukan sahaja dari segi mental sahaja tetapi juga dari segi fizikal. Dengan kursus inilah saya tahu bagaimana untuk membuat video, menggunakan adobe dan sebagainya. dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah membuatkan saya tidak dapat tidur malam kerana perlu menyiapkan tugasan tersebut, dan disni apa yg saya pelajari adalh, kerja tetap kerja, dan kerja yang diamanahkan perlu disiapkan dalam jangka waktu yang diberi.
terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah iaitu Dr Normaliza dan juga tutor yang telah banyak mengajar saya sepanjang pembelajaran ini.

walaupun Dr berada nun jauh disan, namun perhubungan kita tetap berterusan yang mana Dr sentiasa memantau kami dari jauh, begitu juga yang sentiasa menantikan pengkhabaran Dr. dengan perhubungan maya ini, kami sentiasa mengupdate blog mahipun facebook. terima kasih sekali lagi buat Dr kerana tak jemu mengajar kami yang sentiasa banyak kerenah. dan yang paling utama, Dr telah mengajar saya erti ketepatan masa dan disiplin.

sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada DR.NORMALIZA,semoga sentiasa dalam keadaan sihat selalu amin.
SEKIAN WASALAM.




Sabtu, 23 Oktober 2010

hasil daripada pembelajaran Sastera Dalam Multimedia

ini adalah koleksi hasil daripada aku belakaj dalam kursus Sastera Dalam Multimedia. banyak sangat pengetahuan baru yang aku belajar. aku rasa bangga kerana aku dapat membuat kalendar hasil kerja tangan sendiri. Terima kasih diucapkan kepada Letrure aku, Dr. Normaliza dan juga Tutor yang telah banyak memberi tunjuk ajar.

















Sempena Program Pameran

                                                              setelah selesai majlis perasmian





hari ni aku ikuti kursus finishing school, sngt memenatkan huu..hu..
ada yang bagus dan ada juga yang membosankan, apa pun terpaksa bertahan  lagi untuk esok huu..huu..







Khamis, 7 Oktober 2010

klinik gigi

Suatu hari aku, kakak dan adik aku pergi ke klinik gigi, kami bertiga semua nak cabut gigi.
Tapi masa tengah menunggu turn tu punya la lama sebab ramai orang. Tetiba aku dengar pembantu Dr tu panggil nama aku, tapi aku baru jew daftar, pelik jugak, tapi apa aku kesah aku tengok x de orang yang bangun so mestilah nama aku la tu. Aku terus bangun dan menuju ke bilik rawatan. Sekali dr tu sebut balik nama rupa2nya bukan nama aku, tapi nama orang yang hampir sama dengan nama aku huu..huu..dengan muka slumbernya aku keluar balik lah sebab orang yang sebenar dah berjalan menuju ke bilik rawatan tu, apa lagi bila keluar je kakak dan adik aku ketawa kat aku bagai nak pecah perut. Tapi aku macam biasa buat muka poyo dan tak tahu jew. Tapi lepas tu aku juga yang tak tahan aku ketawa habis-habis dan diikuti dengan kakak dan adik aku, macam nak pecah klinik tu dengan gelak kami, semua yang ada kat situ padang aku dengan wajah tersenyum. Dan hakikat sebenar aku pun malu jugak huu..huu.. buat2 jew tak malu, semua salah kakak tu sebab panggil nama tak jelas.







tak pasti

Cinta..
Cinta..
Cinta..
Apa yang ada dengan cinta,
Apa ertinya cinta,
Adakah semua orang perlukan cinta,
Tapi bukannkah cinta itu menyakitkan jika terluka,
Tapi kenapa semua orang masih mengejar cinta.
So pandailah membawa diri dalam mencari cinta sejati dan cinta suci.



hakikat hidup

Hidup ini sememangnya banyak dugaan,hanya kita yang perlu berani untuk hadapinya, sama seperti aku.kadang-kadang aku takut untuk hadapi kenyataan yang menyakitkan hati dan buat aku menangis, tapi hakikat tetap menjadi hakikat yang harus aku terima. Namun bagaimana harus aku hadapi semua ini.







kongsi

Untuk berkongsi cerita dengan orang lain bukanlah sesuatu yang mudah, mungkin kerana kita takut persepsi orang tehadap kita lain daripada yang sebenarnya. Tapi berkongsi cerita ada juga kebaikannya, sekurangnya jika sesuatu yang boleh membawa kemarahan, kita akan menjadi lebih tenang.






tetiba

erm kenapa tiba2 hati rasa sedih sangat hari ni,rasa nak menangis jew,aku sendiri tak tahu kenapa ini berlaku.