aku dan dia

aku dan dia

Selasa, 9 November 2010

Setia

sebenarnya blog seorang teman aku ni dah menjadi kegemaran aku, setiap hari aku pasti akan buka blog dia, tambah aku sangat suka lagu dalam blog ni tak tahu kenapa. aku juga selalu baca post dia, kadang-kadang aku senyum sendiri bila baca luahan dia hee..hee.. namun aku akan terus setia untuk membaca blog ini..

ntah la..

satu paper telah selesai, tapi aku tak tahu lah apa yang aku jawab. bagi aku soalan tu x de la susah, cuma banyak benda yang tak ada dalam kuliah, semuanya kena fikir sendiri.apa pun aku dah berjaya hadapinya, hasilnya aku berserah sahaja pa Allah.


Ahad, 7 November 2010

bahagia

aku tak tahu kenapa hari ni aku rasa bahagia sekali, mungkin kerana aku tenang setelah satu persoalan yang sangat berat sebelum ini aku pikul telah dapat aku berikan jawapannya. sekarang fokus utama adalah final exam..caiyoookk zura...

Akhirnya

aku bersyukur, setelah sekian lama aku fikirkan masalah ini, dan iannya menjadi tanda tanya dalam diri aku sendiri. malah aku juga takut untuk membuat keputusan, tapi hari ini, Tuhan telah bukakan pintu hati aku,dan permudahkan aku untuk membuat keputusan dan aku yakin keputusan yang aku ambil ini adalh betul dan yang terbaik. aku juga tekad yang aku tak kan ubah lagi pendirian aku. aku pasti bahagia apabila melihat dirinya bahagia. akhirnya persoalan dan kebuntuan aku terjawab juga.



Khamis, 28 Oktober 2010

Sekian lama

setelah sekian lama aku x bersukan, hari ini tiba2 rasa nak main. adoi bila lari semput la pulak memang tak boleh lari lama rasa pancit. tapi aku teruskan juga sebab aku memang minat bersukan. cuma bila kat sini jew aku kurang sikit bersukan mungkin kesibukan tugas yang lain. paling lekeh pun aku main badminton.


Rabu, 27 Oktober 2010

Pagi yang Indah

pagi ini, seawal pagi aku bangun, sesudah selesai aku solat subuh aku membuka jendela, angin yang sepoi-sepoi bahasa begitu membuatkan aku terasa sejuknya. suasana pagi itu sungguh nyaman.melihat dedaun, pokok-pokok yang segar, pagi itu juga aku dengar kicauan burung yang riang, itulah pagi yang indah tampa ganguan, yang mana manusia sedang asyik dibuai mimpi.

Awal Pagi

hari ni aku berjaya bangun awal daripada biasa, walaupun aku tidur lewat malam, hari ni pukul 6 pagi aku dah dapat bangun walaupun aku tidur pukul 4 pagi.slalunya bila aku tidur lewat pasti pukul 7 aku bangun. so bangga dengan diri sendiri haa...haa...


Laman Web

tengok ye..

geram

geram tul la aku, macam mana nak link web ke blog ni, dari tadi cuba x dapat. adoi tak tahu macam mana lagi nak buat huu..huu..


Isnin, 25 Oktober 2010

Maya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
sepanjang saya mengambil kursus Sastera Dalam Multimedia, pelbagai pengalaman yang saya perolehi dan amat mencabr. kerana ianya bukan sahaja dari segi mental sahaja tetapi juga dari segi fizikal. Dengan kursus inilah saya tahu bagaimana untuk membuat video, menggunakan adobe dan sebagainya. dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah membuatkan saya tidak dapat tidur malam kerana perlu menyiapkan tugasan tersebut, dan disni apa yg saya pelajari adalh, kerja tetap kerja, dan kerja yang diamanahkan perlu disiapkan dalam jangka waktu yang diberi.
terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah iaitu Dr Normaliza dan juga tutor yang telah banyak mengajar saya sepanjang pembelajaran ini.

walaupun Dr berada nun jauh disan, namun perhubungan kita tetap berterusan yang mana Dr sentiasa memantau kami dari jauh, begitu juga yang sentiasa menantikan pengkhabaran Dr. dengan perhubungan maya ini, kami sentiasa mengupdate blog mahipun facebook. terima kasih sekali lagi buat Dr kerana tak jemu mengajar kami yang sentiasa banyak kerenah. dan yang paling utama, Dr telah mengajar saya erti ketepatan masa dan disiplin.

sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada DR.NORMALIZA,semoga sentiasa dalam keadaan sihat selalu amin.
SEKIAN WASALAM.




Sabtu, 23 Oktober 2010

hasil daripada pembelajaran Sastera Dalam Multimedia

ini adalah koleksi hasil daripada aku belakaj dalam kursus Sastera Dalam Multimedia. banyak sangat pengetahuan baru yang aku belajar. aku rasa bangga kerana aku dapat membuat kalendar hasil kerja tangan sendiri. Terima kasih diucapkan kepada Letrure aku, Dr. Normaliza dan juga Tutor yang telah banyak memberi tunjuk ajar.

















Sempena Program Pameran

                                                              setelah selesai majlis perasmian





hari ni aku ikuti kursus finishing school, sngt memenatkan huu..hu..
ada yang bagus dan ada juga yang membosankan, apa pun terpaksa bertahan  lagi untuk esok huu..huu..







Khamis, 7 Oktober 2010

klinik gigi

Suatu hari aku, kakak dan adik aku pergi ke klinik gigi, kami bertiga semua nak cabut gigi.
Tapi masa tengah menunggu turn tu punya la lama sebab ramai orang. Tetiba aku dengar pembantu Dr tu panggil nama aku, tapi aku baru jew daftar, pelik jugak, tapi apa aku kesah aku tengok x de orang yang bangun so mestilah nama aku la tu. Aku terus bangun dan menuju ke bilik rawatan. Sekali dr tu sebut balik nama rupa2nya bukan nama aku, tapi nama orang yang hampir sama dengan nama aku huu..huu..dengan muka slumbernya aku keluar balik lah sebab orang yang sebenar dah berjalan menuju ke bilik rawatan tu, apa lagi bila keluar je kakak dan adik aku ketawa kat aku bagai nak pecah perut. Tapi aku macam biasa buat muka poyo dan tak tahu jew. Tapi lepas tu aku juga yang tak tahan aku ketawa habis-habis dan diikuti dengan kakak dan adik aku, macam nak pecah klinik tu dengan gelak kami, semua yang ada kat situ padang aku dengan wajah tersenyum. Dan hakikat sebenar aku pun malu jugak huu..huu.. buat2 jew tak malu, semua salah kakak tu sebab panggil nama tak jelas.







tak pasti

Cinta..
Cinta..
Cinta..
Apa yang ada dengan cinta,
Apa ertinya cinta,
Adakah semua orang perlukan cinta,
Tapi bukannkah cinta itu menyakitkan jika terluka,
Tapi kenapa semua orang masih mengejar cinta.
So pandailah membawa diri dalam mencari cinta sejati dan cinta suci.



hakikat hidup

Hidup ini sememangnya banyak dugaan,hanya kita yang perlu berani untuk hadapinya, sama seperti aku.kadang-kadang aku takut untuk hadapi kenyataan yang menyakitkan hati dan buat aku menangis, tapi hakikat tetap menjadi hakikat yang harus aku terima. Namun bagaimana harus aku hadapi semua ini.







kongsi

Untuk berkongsi cerita dengan orang lain bukanlah sesuatu yang mudah, mungkin kerana kita takut persepsi orang tehadap kita lain daripada yang sebenarnya. Tapi berkongsi cerita ada juga kebaikannya, sekurangnya jika sesuatu yang boleh membawa kemarahan, kita akan menjadi lebih tenang.






tetiba

erm kenapa tiba2 hati rasa sedih sangat hari ni,rasa nak menangis jew,aku sendiri tak tahu kenapa ini berlaku.










Selasa, 7 September 2010

sahabat

ku ni jns yang suka berkawan, tak kira lelaki atau perempuan.aku syng kawan2 aku, tapi kenapa setiap persahabatan akan ada salah faham, aku sedih bila ada pergaduhan dalam perhubungan. bertapa sakit hati aku untuk kawan aku tapi aku tak tahu kenapa kau terpaksa bersabar dan terus bersabar,aku takut jika kesabaran aku akan hilang.aku tahu semua manusia pasti melakukan kesilapan, termasuk lah diri aku,tapi kenapa dia langsung tidak fikir apa yang dia buat. so skrng aku hanya akan bersabar selagi aku mampu.








kemahuan

Aku sebenarnya bukanlah seorang yang pandai menulis, tapi aku ada keinginan untuk menulis dengan baik, itu yang aku cuba buat.tapi buat masa ini aku ingin luahkan apa yang aku rasa, mungkin tidak kesemuannya kerana kadang-kadang ada sesuatu yang sukar untuk dikongsi dengan orang lain. Apa pun aku akan terus menulis.








adil atau tidak

Aku rasa bersalah bila aku terpaksa menolak keinginan seseorang, tapi aku bukan sengaja berbuat begitu tapi demi kebaikan mereka juga.aku Cuma ingin bersikap adil. Tapi adilkah aku pada mereka dan adilkah aku pada diri aku sendiri.








bicara hati

Hari ini aku tak tahu kenapa aku sangat merindui seseorang, aku sangat merinduinya. Ingatan aku hanya padanya.aku sendiri tak pasti.










Isnin, 30 Ogos 2010

teka-teki 31-35(jawapan)

31. Arab, apa yang paling besar dalamnya?((huruf A)

32. ada suatu benda yang orang suka pakai, dia ni sangatlah selesa, dah la datang
dari jauh,apakah bendanya?(selipar jepun)

33. ada empat orang, dia orang mesti kerjasama dalam buat kerja ni, lau tak memang
tak jalan lah kerja ni,jadi asa-asa apakah kerjanya?(usung orang mati)

34. apa benda bila ditarik ia masuk?(tandas)

35. mulut kecil tapi dalam,
badan gemuk dan atas dan bawah kecil,
tapi tengah-tengahnya besar.apa dia?(tempayan)



teka-teki 26-30(jawapan)

26. kalau naik sangatlah ringan,
lau ditiup kita melayang?(kapal layar)

27. dalam banyak gunung,
gunung apa bercabang tiga?(gunung daik)

28. dalam puyuk ada nasi,
dalam nasi ada apa?(kabohidrat)

29. dia ni dah la hitam,tapi semua orang suka dia sebab dia boleh buat apa sahaja
yang kita nak.seharian kita guna dia, dia juga ada telinga,dan juga mulut,
apakah bendanya?(kuali)

30. dalam telaga ada air, dalam air ada ape?(molekul)



teka-teki 21-20(jawapan)

21. dalam banyak bulan,
bulan apa paling sejuk?(bulan tengkujuh)

22. dalam banyak jantung,
jantung siapa paling hebat?(jantung pisang)

23. kita selalu lihat dia,
tapi dia tetap macam tu juga,
bekurun lamanya tak pernah berubah?(jam)

24. banyak-banyak hari,
hari apa paling sunyi?(hari mati)

25. lau disimpan ia sakit,
lau dibuang pun ia sakit( duridalam daging)



teka-teki 16-20(jawapan)

16. dalam banyak-banyak iklan,
iklan apa tak ada di pasaran?(iklan X)

17. hidup saya menceriakan orang, tak kira masa dan tempat,
susah je saya mesti temani terutama pada oarang yang menghargai saya.
kalau saya di sentuh ada sahaja rasa bunga-bunga cinta, apa saya sebenarnya?
(gitar)

18. haiwan ni jenis yang suka pada bau, lau dapat susah nak lepaskan,
tapi sebenarnya dia ni baik tuk semua, lau tahu cuba teka apa dirinnya?(lintah)

19. kalau makan saya yang paling banyak, tapi lau lari saya yang paling slow
agak-agak siapa saya?(Badak)

20. saya ni boleh di makan,saya jugalah yang cantik,
lau tahu cuba teka siapa saya?(kuih bulan)



teka-teki 11-15(jawapan)

11. dalam banyak -banyak periuk,
periuk apa tak leh percaya?(periuk telinga)

12. dalam macam-macam seni,
seni apa yang berat?(seni bina)

13. dalam banyak buah,
buah apa yang hebat?(buah naga)

14. dalam banyak-banyak jalan ni,
jalan mana yang sesak?(jalan buntu)

15. dalam banyak gunung,
gunung apa yang manis?( gunung senyum)